Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Selasa, 7 Jun 2011

Setuju

Terima kasih, kepada semua yang terlibat memberi ulasan yang saya kira cukup bermakna sebagai iringan analisis politik pihak-pihak berkaitan. Kita berharap ia dijadikan perhitungan, penilaian dan bahan membuat keputusan agar Tandek dan Kota Marudu diserahkan kepada anak tempatan. Kenyataan saya berkaitan Jelani Hamdan & Latif Kandok yang saya lihat berkelayakan menjadi calon adalah kenyataan peribadi dan saya masih perpaksikan pendirian asal kewujudan halaman dan blog ini iaitu meminta pihak berkaitan supaya dua kawasaan ini diserahkan pimpinannya kepada anak jati Kota Marudu dan Tandek dalam PRU 13.

Oleh kerana percambahan fikiran semakin aktif dan berkembang antara kita maka, saya cuba menjawab persoalan-persoalan yang ditimbulkan dari masa ke masa mengikut keperluan kerana sebahagian ulasan daripada rakan-rakan lain juga secara langsung menjawab beberapa persoalan lain dan inilah gunanya perbincangan. Kita boleh saja sependapat atau berbeza pendapat dalam satu-satu hal kerana inilah adat perbincangan. Saya yakin perbezaan pendapat yang wujud bukanlah tanda kita suka mencipta musuh atau tidak bersatu melainkan inilah tandanya kita mahu yang terbaik untuk tempat dan bangsa kita sendiri.

Latif Kandok, dalam kenyataannya melalui telefon kira-kira jam 11.00 malam tadi berkata bahawa dia akan bertanding dalam PRU 13 untuk kawasaan N.5 Tandek mewakili Kimaragang. Saya minta beliau membaca pos-pos dan ulasan-ulasan kalian, manakala Jelani Hamdan setakat ini masih belum menyatakan pendiriannya. Namun, kita akan cuba dapatkan ulasan beliau dalam masa terdekat untuk tatapan para pemerhati. Apa ketetapan Jelani Hamdan? Sama-sama kita nanti.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan