Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Ahad, 5 Jun 2011

Kata Mereka, Kata Kita.

Malam semalam TV alHijrah menyiarkan info imbas dalam skrin iaitu; 'kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok yang hanya mementingkan kumpulan sendiri '. Walau bagaimanapun, tidak ada ulasan penuh yang disiarkan dalam berita . Menariknya, kebetulan kurang 3 hari sebelum info imbas ini disiarkan, dua laman yang telah kita wujudkan serta memberi fokus kepada pimpinan DUN Tandek dan MP 168 KOTA MARUDU yang harus dikembalikan kepada anak watan Kimaragang, telah kita ADDkan ke beberapa kelab UMNO dan forum politik di samping kumpulan2 maya lain sejurus selepas siapnya laman itu. Andaikan frasa inilah jawapan pihak berkaitan terhadap matlamat pewujudan laman ini maka, kita akan terus memperhebatkan penyebaran info tentang apa yang kita maksudkan dan tidak sekali-kali berhenti.

Mungkin ada pihak bertanya, siapa kami dan siapa di belakang kami yang melahirkan halaman ini. Ringkasnya, kami adalah kelompok pembaca masyarakat pelbagai latar belakang dan 100% pengundi tulus kerajaan sejak zaman USNO hingga kini. Kesedaran yang bertahun-tahun membenih dan tumbuh dalam diri kami mendorong kami mewujudkan halaman ini kerana kami yakin inilah saja cara terbaik menyampaikan hasrat denyutan ketidakpuasan terhadap perkhidmatan yang kami terima dari wakil rakyat kawasan kami. Jika menunggu forum terbuka, muzakarah terbuka atau seumpamanya, alamatnya sampai bilapun suara kami tidak kesampaian.

Kekuatan kami menyuarakan permintaan ini berasas kerana, PM sendiri dalam gagasan pemerintahannya begitu tegas membela rakyat hatta lahir slogan 'Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Sememangnya jelas dan amat tepat gerak kerja yang beliau perjuangkan. Sebagai rakyat sudah tentu kamilah sebaik-baik pengukur kerja bagi wakil rakyat kami. Sebagai rakyat juga, kami bukanlah mesin bisu yang boleh dioffkan fungsinya oleh orang yang saja-saja mahu mengaktifkan fail2 mereka. Semua yang kami perkatakan adalah suara akar umbi, terbuka dan tidak pernah bernoktah sekalipun hanya di kedai-kedai kopi, di tangga-tangga rumah, di tepi-tepi sawah padi, dalam acara-acara keramaian, di perhentian-perhentian bas dan dalam bentuk-bentuk tulisan biasa dan mudah yang tidak bertandatangan apalagi bercop. Akhirnya, kami susun kumpulan bertindak menggunakan alam maya sebagai pentas kami memohon dan melaporkan suara-suara semasa di dua kawasan ini, dan kami berharap ia mendatangkan hasil dan kesudahan yang baik.

Akhir sekali, kepada semua pengundi di dua kawasan yang selama ini sering merungut dan hampa dengan kegagalan dua pimpinan di kawasan ini, janganlah mengambil kesempatan memaki hamun, menggunakan bahasa-bahasa kurang bermoral atau sengaja menimbulkan kemarahan mana-mana pihak ketika membuat pos atau mengulas mana-mana pos kelak. Gunakanlah peradaban dan kesantunan warisan nenek moyang kita namun, dalam waktu yang sama berani dan tegas dalam menyatakan isu-isu berkaitan tanpa ragu-ragu.

Info imbas Berita Jam 8. 00 TV alHijrah saluran 114 Astro, bertarikh 4 jun 2011bertulis seperti ini; 'Kerajaan tidak akan berkompromi dengan kelompok yang hanya mementingkan kumpulan sendiri ' Sila beri ulasan info ini mengikut pandangan peribadi para pembaca.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan