Klik player di bawah untuk mendengar siaran CAHAYAFM

Isnin, 6 Jun 2011

Jangan Hukum Sebelum Beri Peluang

Jelani Hamdan

Latif Kandok


Baintin A. Halim Adun

Selamat Pagi kepada RT(BM), pada dasarnya saya menyokong pendapat anda yang mahukan kota marudu ditakbir oleh orang kita sendiri, tetapi sebelum itu kita perlu menimbang beberapa perkara yang saya kira tidak kurang pentingnya agar visi ini jika menjadi kenyataan, maka keputusanya nanti, tidak akan memudaratkan bangsa kimaragang itu sendiri, lantas,meyebabkan bangsa kimaragang tidak lagi bangkit dimasa depan. Yang pertama, Perkenalkan diri anda, sebut nama para DR, PEGUAM, JURUTERA, DLL yang berminat sepenuh masa dalam bidang politik jika diberikan peluang, tujuan nya, agar rakyat kimaragang tandek dan kaum-kaum yang lain dapat mengenali dan menilai setiap mereka. Selain darpada itu, saya juga mencadangkan agar mereka-mereka ini cubalah berkorban , membantu bangsa kimaragang, buatlah program berfaedah untuk orang-orang kita dan buatlah kerja untuk mengangkat imej BN kita,

lainlah jika mereka ingin berkhidmat kepada rakyat melalui haluan politik yang bertentangan dengan dasar dan visi BN. Saya utarakan ini kerana jam 8.30 malam tadi, ada pemimpin kanan BN bertanya dengan saya begini, kalau YB DS DR Max dan YB Anita tidak mempertahankan kerusi mereka, siapa itu daripada kalangan DR, PEGUAM, JURUTERA DLL , yang boleh menggantikan mereka dalam PRU13?


Jawaban;

Terima kasih atas respon sdr. Baintin ke atas halaman ini. Rasanya, tidak perlu saya perkenalkan siapa saya kerana yang jelas, saya adalah salah seorang pengundi yang bakal menentukan pimpinan di kawasan KM dan Tandek kerana nama saya telah pun terdaftar sebagai pengundi di kawasan ini. Saya bukan pemberontak, bukan pengucar-kacir dan bukan juga penjaja cerita-cerita bohong seperti profil-profil samaran yang dibuat untuk membantai individu-individu tertentu yang saya kira mencemarkan matlamat asal kewujudan dunia maya.

Secara kasar, tulisan anda menyatakan keinginan agar keputusan tepat dalam pemilihan calon dua kawasan ini dibuat. Ya. Semestinya kita perlu memilih calon tepat bagi mengisi dua kawasan ini. Kimaragang tidak akan bangkit jika tersalah langkah dalam membuat keputusan dalam pilihan raya. Bagi saya, orang yang lebih layak dan lebih tahu terhadap calon yang berkemampuan itu adalah dari kalangan pimpinan-pimpinan yang ada sekarang. Agak mustahil dalam beberapa penggal PRU, pemimpin-pemimpin dalam 2 kawasan ini belum dapat menjejak dan mengenalpasti siapakah calon dari bangsa Kimaragang yang paling sesuai untuk dua kawasan ini. Persoalannya, sejauh mana ketelusan pimpinan yang ada sekarang membuat pilihan tepat?

Saya kenal ramai tokoh akademik di kalangan Kimaragang bergelar dr, prof, pensyarah, peguam dan jurutera di kalangan bangsa Kimaragang. Siapa mereka yang ada kelayakan seperti ini di kalangan kita? Sebenarnya, orang yang layak dan paling tepat menjawabnya adalah sdr Baintin sendiri kerana sdr adalah Presiden Persatuan Kimaragang Sabah. Seharusnya persatuan mempunyai rekod taburan pendidikan masyarakat Kimaragang. Namun, jika sistem fail perangkaan taburan penduduk dan pendidikan Kimaragang belum diwujudkan, sudah agak sukar menjawab soalan ini kerana ia berbentuk fakta, lebih-lebih lagi apabila ditanya oleh mana-mana pihak berkaitan tentang info bangsa Kimaragang. Secara ringkas, saya akan senaraikan beberapa nama yang saya maksudkan sebagai menjawab pertanyaan sdr dan antaranya Prof Dr.Jualang Gansau, Prof Dr. Jedol , Dr. Nelson, Dr.Jenil, Dr.Jurin dan beberapa orang lagi yang kesemuanya Kimaragang, mereka yang berkelulusan universiti juga berlambak sehingga ada di antara mereka menjadi penganggur kerana pasaran kerja bagi mereka belum tersedia.

Apakah mereka bersedia menjadi calon dan berminat dalam dunia politik ? Saya jawab YA. Mereka punya niat dan perasaan sama seperti sdr. Cuma, kalau ditanya mereka akan bereaksi; senyum, “nantilah...”, “ bagi peluang yang lain....”, “tunggu saya pencen...” dan sebagainya. Tapi, mereka tidak akan berkata TIDAK dan saya pasti istilah TIDAK tiada dalam kamus mereka. Manakala di bahagian MP Kota Marudu secara umumnya saya tidak dapat memberikan jawapan pasti tetapi saya yakin, bangsa Rungus juga sudah ada di kalangan mereka pakej lengkap pemimpin yang boleh menyumbang tenaga mereka ke kawasan MP khususnya dan Malaysia amnya. Namun, saya tahu tentang seorang aktivis berlatar belakang politik , berkerjaya peguam dalam dua bidang Syariah dan Sivil iaitu saudara Jelani Hamdan. Apakah orang seperti ini tidak berkelayakan? Saya percaya, jika kerajaan telus terhadap pemilihan pemimpin di dua kawasan ini serta mengambil pendekatan berbincang, bermusyawarah serta adil menilai bangsa Kimaragang dan Rungus yang selama ini dianggap hanya layak dipimpin, pasti pihak kerajaan bakal menemui mutiara dalam kalangannya.

Status dan kelayakan pendidikan yang saya utarakan sebelum ini sebenarnya hanya pakej tambahan sebagai membuktikan dua bangsa minoriti ini berkebolehan dari semua sudut. Pada dasarnya, bukan tahap akademik yang menjadi ukuran utama seseorang layak menjadi pemimpin, jika ada, ia bonus untuk mereka. Kita akur dan sedia maklum, dalam sejarah politik terbukti orang yang tidak berkelulusan tinggi juga mampu menjadi pemimpin terbilang.

Apa sumbangan mereka pada bangsa Kimaragang dan Rungus ? Bila kita berkata sumbangan, barangkali kita terikat mentafsirnya dalam ruang kecil sehingga kita tidak terlihat sumbangan mereka. Jika kita lihat sumbangan hanya dalam ruang lingkup memberi duit, beri makan dan minum semasa majlis, beri projek, beri sumbangan pengurusan kematian, hadiah hari jadi dan seumpamanya, maka kita akan terlupa ruang sumbangan lebih besar dari itu. Menaikkan martabat bangsa dengan keberhasilan mendapat gelaran peguam, prof, dr, master dan jurutera sekali dengan kajian-kajian juga penemuan-penemuan baru yang menguntungkan agama, bangsa dan negara sekali gus menjulang bangsa itu sendiri, bukankah ini juga sumbangan? Butir kata, ucapan dan tulisan berbentuk fikrah sekalipun terbit dari bibir manusia biasa tanpa jawatan bukankah juga sumbangan? Pada saya, inilah sumbangan terbesar kerana dengan keberjayaan, kata-kata dan tulisan-tulisan merekalah, anak-anak bangsa kita tersuntik semangat mereka untuk belajar hingga ke peringkat lebih tinggi.

Lalu, pada saya mereka layak dinobatkan ikon bangsa kita. Hanya disebabkan kita tersasar fokus penilaian, maka kita sengaja lupakan mereka. Yakinlah bahawa kita boleh merubah dan mencipta dunia politik bangsa kita kalau orang-orang seperti mereka dipilih dan ditawarkan menjadi calon. Tapi, kalau kita masih lagi mengguna pembaris lama sebagai ukuran calon, maka sekali lagi bangsa kita akan terus tersungkur dan terkubur sampai bila-bila kerana sejarah hanya akan mencatat bangsa kita sebagai bangsa dipimpin dan bukan pemimpin.

Kalau saya ditanya secara peribadi, siapakah yang layak mengambil tempat Dr. Max maka saya jawab Jelani Hamdan bagi MP kota marudu dan Latif Kandok bagi N.5 Tandek. Kenapa? Kerana mereka ini punya latar belakang pendidikan baik, terlibat banyak dalam aktiviti kemasyarakatan dan saya yakin mampu membawa isu-isu di dua kawasan untuk dibahas di peringkat sepatutnya. Mereka tidak di kenali? Saya simpulkan, siapapun yang jadi calon jika masyarakat Kimaragang dan Rungus itu sendiri tidak memberi sokongan, maka tetap jugalah jawaban kita KALAH. Apa yang kita mahu, kepimpinan dua kawasan ini harus dikembalikan ke anak jati kawasan ini. Barangkali kita masih ragu sejauh mana calon yang bakal dipilih dari bangsa Kimaragang akan bekerja dan berkhidmat untuk rakyat kelak. Barangkali juga kita masih dihantui kata-kata “ macamana kalau diorang pun sama juga..” atau macam-macam andaian yang ditamatkan dengan kata-kata “ Kimaragang tidak akan bangkit lagi di masa depan”. Bagi saya, ini bukan lagi andaian tetapi hukuman. Untuk apa kita menghukum calon kita yang belum naik? Apa yang kita mahu sekarang, orang kita diberi peluang memimpin. Hukuman hanya diberi setelah diberi peluang. Hukuman sebelum diberi peluang itu tidak lebih dari inti zalim.

Fitrah manusia dilahirkan dengan sifat kepimpinan. Semua manusia ada sifat ini namun ruang kepimpinannya berbeza mengikut tahap. Jika kepimpinan yang dicari itu tiada dalam senarai para ilmuwan dan berpendidikan tinggi, masih ramai di kalangan Kimaragang yang tidak menyerlah dalam pendidikan tetapi berkebolehan memimpin serta aktif menyumbang tenaga dan fikiran kepada masyarakat. Apakah ini masih tidak cukup untuk pihak berkaitan menghentikan projek mengimport pemimpin luar untuk memimpin di kawasan ini? Cukuplah berpenggal-penggal mereka menyumbang tenaga di kawasan kita. Selama itu, belum ada lagikah pelapis yang lahir di kalangan Kimaragang? Terlalu naif agaknya bangsa Kimaragang sehingga tidak ada di kalangannya yang mampu bekerja seperti pemimpin luar ini?

Saudara, sekecil-kecil sumbangan pemimpin sebelum ini tidak pernah saya nafikan. Terima kasih. Namun, semuanya tidak memadai dan sampai bila kita harus menerima kenyataan ‘TIADA CALON DARI BANGSA YANG DIANGGAP KELOMPOK MINORITI ? Saya pasti pihak-pihak berkaitan dan sdr sendiri lebih tahu tentang ini.

1 ulasan:

  1. Saudara penulis. Sy bersetuju dengan En. BAINTIN ADUN yg mahukan saudara memperkenalkan diri saudara. Sy rasa sebagai seorang rakyat Tandek, sy perlu tahu siapa saudara. Cukup hanya untuk mengenali. Sebenarnya sy lebih suka seorang yg berterus terang dan tidak berselindung di sebalik penulisan blog seperti ini. Saudara jangan takut, sy yakin apa yg sudara buat ini adalah untuk memperkasakan bangsa penduduk tempatan Tandek, Matunggong dan Kota Marudu amnya. Dulu En. ANDROD SADIAN pernah juga mengutarakan isu-isu setempat samada dari segi pembangunan, sosial, pendidikan dan kepimpinan juga. Dan sehingga kini tiada yg tidak baik berlaku kepada En. ANDROD. Bila pembaca sudah tahu sy pasti mereka akan memikirkan apa yang kita minta. Isu pemimpin luar memang sudah timbul sejak masuknya Dr. Max bertanding di Tandek sehinggala skrg kepada YB ANITA dan sy menyokong penuh agar mereka digantikan dengan orang tempatan. Terima Kasih. Ulasan seterusnya menyusul selepas melihat respon Saudara.

    BalasPadam